Menurut disokong oleh Lee dalam Ahmad (2004), berkata

Menurut Ahmad (2004), pihak kerajaan pada
tahun 2003 telah bersungguh-sunguh melaksanakan kempen anti merokok di setiap
jabatan, daerah, kampung dan sebagainya. Yang menariknya dalam kempen beliau
itu, golongan yang menjadi sasaran utama ialah remaja yang berumur 13 sehingga
21 tahun. Ini kerana kerajaan sedar bahawa golongan yang tinggi merokok adalah
dikalangan remaja.

 

 

            Di
samping itu, kajian ini turut mengambil kira sumbangan tabiat merokok kepada
gejala penagihan bahan. Menurut kajian Sabri (2002), didapati keseluruhan
penagih dadah terdiri daripada kalangan perokok. Menurut beliau lagi,walaupun
pelatih berada di dalam pusat serenti tetapi mereka tidak putus bekalan
tembakau. Ini di sokong oleh kajian Samsuddin dan Herman dalam Modul Kempen
Cara Hidup Sihat (2003) yang menyatakan bahawa 99% penagih dadah di pusat
serenti mengamalkan tabiat merokok dan 95% penagih dadah yang telah bebas
mengamalkan tabiat merokok. Pendapat ini turut disokong oleh Lee dalam Ahmad
(2004), berkata kajian sumbangan tabiat merokok kepada gejala penagihan dadah
mendapati 99 % penagih dadah yang ditahan di semua pusat serenti mempunyai
pengalaman menghisap rokok ketika usia remaja

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

            Peningkatan pelajar yang terlibat
denga merokok mengikut statistik di Malaysia, seramai 40 hingga 50 perokok baru
dicatatkan setiap hari. Dianggarkan, terdapat 4.7 juta orang merokok pada 2015
dan jumlah itu meningkat daripada 3.1 juta orang pada 2011.

 

            Sementara itu, kajian Morbiditi dan
Kesihatan Kebangsaan 2010 turut merekodkan tabiat merokok menyebabkan kematian
kira-kira 18,000 orang setahun. Lebih 23.7 bilion rokok dihisap dalam tempoh
setahun dan jumlah ini meningkat dalam kadar tinggi daripada 18 bilion batang
pada 2013.

 

            Bukan itu saja, sebilangan besar
perokok juga dikesan mula berjinak dengan tabiat ini sejak remaja. Purata umur
mula merokok ialah 13 tahun. Pada 2010, 9.8 peratus remaja didapati merokok dan
kadar itu meningkat kepada 18 peratus pada 2015.

 

            Hasil kajian mendapati matlamat
iklan rokok hampir semuanya ditujukan kepada remaja untuk dapatkan pelapis
perokok baru. Setiap remaja yang mula merokok berkemungkinan akan merokok
purata selama 30 tahun akan datang. Mengikut statistik yang diperoleh, 36.3
peratus remaja perempuan dan 4.2 peratus remaja lelaki Malaysia yang berusia
antara 13 hingga 18 tahun merokok

 

 

            Peningkatan
pelajar dengan masalah disiplin di sebabkan merokok semakin serius. Ibu bapa sepatutnya
membantu sekolah atasi gejala sosial, ”  Tabiat
merokok di kalangan pelajar ” dan ” Kerjasama penting bagi banteras tabiat
merokok”.  Begitulah antara tajuk-tajuk
berita yang terpapar di dada 
akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. 
Berita-berita seperti ini membayangkan 
kemerosotan  disiplin pelajar dan
masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang  amat serius sehingga mencapai tahap yang
membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni
tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.

 

            Pelajar merupakan elemen atau aset
penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk
mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi,
sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama
gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah.  Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta
gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga,
masyarakat dan negara.

 

 

            Apabila mereka sudah mencuba,mereka
akan ketagih sehinggakan mengeluarkan semua duit mereka untuk memuaskan
keinginan mereka. Perkara negatif ini telah terjadi berpunca daripada gejala
merokok,lebih-lebih lagi dalam kalangan para pelajar.

 

 

            Antara kesan-kesan negatif ialah
berlakunya kes buli membuli untuk mendapatkan duit bagi membeli rokok-rokok
itu.Para pelajar yang tidak dapat mempertahankan dirinya akan dipaksa untuk
membayar duit perlindungan kepada pelajar itu yang membuli itu.Kemudian,mereka
akan diugut sekiranya mereka memberitahu sesiapa, mereka akan dipukul. Murid
yang dibuli akan berasa takut lalu dia akan berdiam diri sahaja. Semakin lama, pelajar
akan bertambah agresif kerana ketagihan dalam merokok. Apabila
berterusan,pelajar itu akan menyuruh kawannya pula mencubanya.

 

 

            Pihak guru yang mengetahui akan
perkara itu akan memberikan tindakan yang tegas kepada para pelajar yang
melakukan perkara itu.Namun demikian,para pelajar itu masih boleh merokok di
luar kawasan sekolah.Apabila perkara ini berlaku di luar kawasan sekolah,guru
akan mengatakan bahawa ini bukan tanggungjawab mereka kerana para pelajar itu
berada di luar kawasan sekolah.Oleh hal yang demikian,para pelajar bebas
melakukan perkara-perkara itu.Perkara itu juga akan menyebabkan pembaziran
duit.Bukan sahaja membazirkan duit ibu bapa,malah akan menghabiskan duit
tabungan yang dikumpul oleh pelajar.Sekiranya seminggu pelajar membeli sekotak
rokok dengan harga RM10 maka pelajar akan menghabiskan duit sebanyak RM40
sebulan.